72076

Pencarian Hero Oven Musim Kedua Tinggal Beberapa Hari Lagi - Suria FM - Segalanya Hiburan

Anda seorang yang gemar memasak? Ada bakat dalam menyediakan manisan dengan menggunakan oven?

Kini, HERO OVEN kembali untuk mencari peserta lelaki untuk ‘berperang’ di dapur sebelum memenangi gelaran Juara untuk musim kedua.

Pemenang Hero Oven musim kedua iaitu Naem
Pemenang Hero Oven musim kedua iaitu Naem

Kepada anda yang berumur 20 hingga 35 tahun, apa kata tonjolkan bakat anda menerusi program realiti anjuran TV3 ini kerana pencariannya sudah pun bermula sejak 15 Februari dan bakal berakhir pada 15 Mac 2017.

Antara ciri-ciri yang dicari adalah:

  • Berusia 20 hingga 35 tahun
  • Mempunyai kemahiran dalam penyediaan kek dan pastri hanya dengan menggunakan oven
  • Petah bercakap

Haa kalau anda mempunyai tiga kriteria diatas, tunggu apa lagi?

Jom hantarkan penyertaan anda melalui:

  • Rakam dan muat naik video ketika menyediakan manisan (Durasi hanyalah 2 minit sahaja)
  • Hantarkan ke email herooven@tv3.com.my beserta biodata dan nombor telefon anda sebelum 15 Mac 2017!

Manalah tahu mungkin kali ini rezeki anda kan? Jika anda terpilih, tunggu panggilan dari pihak produksi untuk menghadiri sesi uji bakat yang bakal berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama pada 18 dan 19 Mac 2017 bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9 iaitu Puan Nurlisia Mohd Nadzri, Hero Oven musim pertama telah mendapat sambutan luar biasa sehingga ia menarik mereka untuk meneruskan program seumpama ini.

“Percubaan pertama pihak stesen untuk memperkenalkan program realiti masakan yang mengetengahkan kaum Adam secara komersial sebagai pakar manisan berjaya memikat hati penonton dan mendapat perhatian daripada mereka yang berminat untuk menceburi bidang kulinari sebagai kerjaya. Jadi, kami juga meletakkan harapan tinggi untuk melihat lebih banyak bakat baharu yang akan menyertai musim baharu ini.”

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman sesawang www.tv3.com.my dan foolow mereka di Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!