91194

Pencipta Karektor Spiderman, X-Men & Avengers Meninggal Dunia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Superhero sebenar Stan Lee iaitu pencipta karektor superhero terkenal seperti Spiderman, X-Men, Avengers, Thor, Iron Man, Fantastic Four, Black Panther dan banyak lagi telah meninggal dunia di usia 95 tahun.

Stan Lee merupakan pencetus kepada kegilaan komik superhero di seluruh dunia dengan karektor-karektor ikonik yang diciptanya.

 

Seluruh warga kerja Marvel dan peminat-peminat karektor komik Marvel kini sedang bersedih dengan berita ini.

Antara yang memberikan penghormatan terakhir termasuklah Tom Holland dan Hugh Jackman di mana mereka berdua merupakan pelakon yang menjayakan watak Spiderman dan Wolverine.

Perginya Stan Lee merupakan satu kehilangan yang besar buat industri penerbitan komik dan filem adiwira.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!