90808

Pendengar Ini Bayangkan Muka Tyzo Seorang Yang Ganas, Rambut Ala Tentera & Bermisai - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini penyampai Suria Petang iaitu Tyzo telah memuatnaik komen seorang pendengar Suria di Instagram miliknya.

Dalam komen itu, pendengar berkenaan berkongsi tentang bayangannya mengenai bagaimana rupa Tyzo yang selama ini didengarinya di corong radio.

Menurut pendengar yang menggunakan nama Faiz Wan Sarip itu, sudah hampir setahun dia mendengar Suria petang, tetapi baru sekrang dia terasa ingin melihat wajah Tyzo.

katanya lagi selama ini dia membayangkan wajah Tyzo seperti seorang yang memiliki wajah ganas, berambut petak ala tentera dan berkumis. Tetapi bayangannya ternyata silap selepas melihat wajah sebenar Tyzo yang disifatkannya sebagai ‘nice’.

Wow tak sangka ya Tyzo digambarkan sebagai seorang yang berwajah ganas! Tyzo jambu tau sebenarnya! Malah satu ketika dulu poster Tyzo sering menjadi tatapan para gadis yang dilekatkan di pintu almari mereka. Tak gitu Tyzo? Jangan marah ya! Hiks!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!