86485

Pengantin Musim Salju Gandingan Terakhir Nana & Alif - Suria FM - Segalanya Hiburan

SURIA pasti mesti ramai peminat yang kecewa mendengar atau membaca berita bahawa drama Pengantin Musim Salju merupakan drama terakhir gandingan Siti Nordiana dan Alif Satar.

Namun itulah hakikat yang harus diterima apabila Siti Nordiana atau Nana tidak mahu lagi digandingkan bersama pelakon lelaki yang sama.

Beberapa hari lalu, pengurus Nana telah memuatnaik status di Instagramnya yang memberitahu bahawa drama Pengantin Musim Salju yang sudah ditayangkan di saluran Astro awal minggu ini adalah gandingan terakhir mereka.

Sebelum ini gandingan Nana dan Alif pernah mencetuskan fenomena luar biasa menerusi drama hit Dia Semanis Honey sehingga naskah itu diangkat ke pentas teater di Istana Budaya.

Dek gandingan yang serasi itu, peminat mereka berdua sering dahagakan gandingan mereka di layar kaca.

Kata Nana, jika dahulu beliau sering digandingkan bersama arwah Achik, namun kini beliau kerap digandingkan bersama Alif dan Fikry Ibrahim.

Nana turut menafikan timbul isu perselisihan faham di antara dirinya dan isteri Alif kerana sepanjang mengenali pasangan itu, beliau sangat baik dengan isteri Alif.

SURIA tidak pasti sama ada ini adalah strategi pemasaran untuk melariskan drama Pengantin Musim Salju atau tidak. Tetapi melihatkan populariti kedua-dua bintang utama drama ini, rasanya mereka tidak perlu publisiti murahan seperti ini.

Apa-apa pun SURIA ucapkan semoga berjaya kepada Nana. Teringin juga SURIA nak tengok gandingan Nana dengan hero Malaya yang lain. Mungkin dengan Zul Ariffin atau Syukri Yahaya? Eh!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!