Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) Datuk Izham Yusoff, 50, meninggal dunia kira-kira 8.04 pagi tadi.

Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed berkata, Izham disahkan meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur selepas mengalami sesak nafas ketika berjoging.

“Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Joani Sofina Othman, 49, dan sepasang anak lelaki dan perempuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sajahan berkata, Izham yang juga Pengarah Eksekutif BDB dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas pada Ogos 2013 dan kemudiannya menjadi Pengarah Eksekutif Bukan Bebas pada Februari 2014.

Beliau berkata Allahyarham turut dilantik menjadi Anggota Lembaga Panel Pelaburan Tabung Haji pada 1 Oktober tahun lepas.

whatsapp-image-2017-12-12-at-4-39-10-pm

Disember tahun lalu SURIA telah menjalin kerjasama dengan kumpulan BDB dalam menjayakan Konsert Jelajah SURIA 10 Tahun di Jitra Kedah yang dihadiri oleh lebih dari 15 ribu penonton.

Takziah diucapkan kepada keluarga arwah dan semoga roh arwah ditempat di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber : Bernama

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!