88909

Pengsan Bukan Gimik! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Rasanya ramai yang sudah tahu tentang penyanyi yang juga peserta program Big Stage iaitu Baby Shima yang tiba-tiba rebah sejurus selepas selesai membuat persembahan di konsert mingguan yang kedua semalam.

Baby Shima dikatakan terlalu penat, selain tidak makan menyebabkan dia lemah dan terus pengsan selepas tamat menyanyikan lagu Ku Tak Akan Bersuara dari penyanyi asal Nike Ardilla.

Seluruh penonton di Dewan MBSA Shah Alam terkejut dan menyangkakan itu adalah salah satu gimik, namun ia ternyata bukan kerana Baby Shima memang betul-betul tidak sedarkan diri.

Menurut pengurus Baby Shima, doktor melaporkan bahawa Baby Shima tidak cukup rehat selain kekurangan gula di dalam badan kerana tidak minum air manis.

Tambahnya lagi, jadual Baby Shima sentiasa padat dan sering ulang alik ke Indonesia setiap minggu memenuhi undangan di sana menyebabkan penyanyi itu tidak mempunyai rehat yang mencukupi.

Namun Baby Shima masih lagi bertahan di dalam program Big Stage, dan semalam menyaksikan Fara Hezel menjadi mangsa pertama penyingkiran.

Semoga cepat sembuh ya Baby Shima dan banyakkan berehat.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!