72765

Pentas AJL32 Dibarisi 'First Timer' - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tahun ini menyaksikan kebangkitan penyanyi-penyanyi baru di persada seni tanah air. Itu juga yang bakal terjadi di pentas Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) yang akan berlangsung pada Februari 2018.

Semalam 12 lagu yang layak ke AJL32 telah pun diumumkan di Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam.

screen-shot-2017-11-13-at-12-37-41-pm

Dari 12 lagu yang layak, kebanyakannya dibarisi oleh muka-muka baru ataupun peserta yang pertama kali membuat kemunculan di pentas berprestij itu.

screen-shot-2017-11-13-at-12-39-08-pm

Antara wajah baru yang tersenarai ialah Wany Hasrita (Menahan Rindu), Haqiem Rusli (Tergantung Sepi), Khai Bahar (Bayang), Ara Johari (Warkah Untukku), Hael Husaini (Jampi), Syamel dan Ernie Zakri (Lebih Sempurna & Aku Cinta), dan Salma (Akhirnya Cinta).

screen-shot-2017-11-13-at-12-40-13-pm

Lagu lain yang turut layak ialah Dayang Nurfaizah (Separuh Mati Aku Bercinta), Altimet (Amboi), Hazama (Aku Yang Sebenar), Azmi Caliph Buskers (Sejati).

screen-shot-2017-11-13-at-12-41-00-pm

12 lagu yang dipilih dinilai sepenuhnya oleh para juri profesional yang diketuai oleh Dato Mokhzani Ismail selaku ketua juri, AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY dan Pak Ngah.

Tahun ini juga menyaksikan tiada artis berkumpulan yang layak ke peringkat akhir AJL32.

Tahniah SURIA ucapkan kepada semua yang layak ke peringkat akhir AJL32. Siapa agaknya yang bakal merangkul Anugerah Juara Lagu 32? Kita jumpa tahun depan okay.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!