89998

Pentas Pertama Sarah Suhairi Bawa Tuah, Dinobat Sebagai Juara Big Stage - Suria FM - Segalanya Hiburan

Big Stage merupakan pentas komersial pertama buat penyanyi baru Sarah Suhairi untuk menunjukkan bakat nyanyian yang ada pada dirinya kepada rakyat Malaysia.

Namun siapa sangka pentas pertama ini yang meletakkannya sebagai juara Big Stage menewaskan empat lagi pesaingnya iaitu Syafiq Farhain, Afieq Syazwan, Wanie Kayrie dan Baby Shima.

Sedari awal kemunculan Sarah Suhairi di pentas Big Stage, ramai yang memuji kehebatan gadis genit ini beraksi di atas pentas.

Biarpun pertama kali muncul dalam program sebesar ini, namun Sarah tidak kelihatan kekok beraksi, malah sering mendapat pujian juri professional setiap minggu.

Sebagai juara, Sarah Suhairi membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 dan juga trofi kemenangan.

Tahniah diucapkan kepada Sarah Suhairi diatas kejayaan yang diraih di pentas Big Stage. kepada peminat-peminat Sarah Suhairi yang berada di selatan tanah air mahupun Singapura, jangan lupa hadir ke Konsert Jelajah SURIA di Plaza Angsana Johor Bharu Sabtu ini kerana Sarah Suhairi antara artis yang akan membuat persembahan bersama-sama Syafiq Farhain, Afiq Syazwan dan Wanie Kayrie, Jumpa anda di sana!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!