90162

Penutup Konsert Jelajah SURIA Di JB Gempak! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sabtu lalu telah berlangsung siri jelajah terakhir Konsert Jelajah SURIA 2018 yang bertempat di Angsana Mall Johor Bharu.

Seperti yang dijangkakan, memang ramai pendegar-pendegar setia SURIA yang hadir untuk bertemu dengan penyampai-penyampai SURIA dan artis-artis popular.

Seawal jam 12 tengah hari lagi sudah ramai peminat yang hadir untuk menyertai pertandingan Kutu Karoks serta menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama berupa percutian ke Korea Selatan selama 7 hari 5 malam.

Untuk sesi penutup Konsert Jelajah SURIA ini, kami membawakan artis-artis popular seperti Amir Ukays, Floor 88, Irfan Harris, Ary Klangit, Amir Masdi, Tyka, Wani Kayrie, Afieq Syazwan, Syafiq Farhain dan Zynakal.

Memang meriah dan kecoh apabila penyampai-penyampai SURIA seperti Shahrol Shiro, Issey, Fizi Ali, Feeya Iskandar, Sharifah Shahira, Tyzo, Suraya Borhan dan DJ Lin berceloteh di atas pentas dan main ‘game’ bersama peminat-peminat yang hadir.

Tuah menjadi milik seorang remaja lelaki berusia 14 tahun, apabila telah memenangi hadiah utama cabutan bertuah dan berpeluang ke Korea Selatan untuk 2 orang yang bernilai RM3790 setiap seorang yang ditaja oleh SelamatBercuti.Com.

Sedih rasanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada orang-orang Johor Bharu yang memang sangat hebat dan sungguh bersemangat memeriahkan Konsert Jelajah SURIA kali ini. Jika ada rezeki, pasti kami akan ke Johor Bharu lagi.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang telah hadir ke semua lokasi konsert Jelajah SURIA 2018 yang bermula di Ipoh, Klang, Bukit Mertajam dan berakhir di Johor Bharu.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!