Semalam Penyampai-penyampai SURIA yang terdiri daripada Sharifah Shahirah dan juga Cik Piah bersama kru SURIA telah melawat Institut Jantung Negara untuk memberikan sedikit sumbangan di wad pediatrik kanak-kanak di sana.

Kunjungan kami di sambut mesra oleh petugas-petugas IJN yang begitu berdedikasi dalam menjalankan tugas.

Keceriaan jelas terpancar di wajah-wajah pesakit dan ibu bapa yang menjaga sebaik sahaja melihat kedua-dua penyampai SURIA hadir ke dalam wad masing-masing sambil membawa belon dan permainan.

Biarpun sedang melawan kesakitan, namun kehadiran kru SURIA  sedikit sebanyak dapat memberikan  keceriaan di hati para pesakit.

Menurut Cik piah, ini adalah kali pertama dia berkunjung ke IJN dan rasa bersyukur dapat melawat pesakit di sini.

“Mula-mula datang rasa macam happy happy, tetapi bila dah mula tengok anak-anak kecil yang sakit terus rasa sebak. Cik piah terus teringat anak-anak di rumah”, jelasnya.

Bagi Sharifah Shahira pula, program amal bersama SURIA ini dilihat sebagai inisiatif yang sangat baik.

 

“Terima kasih kepada SURIA dan IJN kerana mengadakan program amal ini. Jika tidak kerana SURIA belum tentu saya akan berkesempatan untuk melakukan lawatan awal sebegini”, ujarnya.

Disebabkan teruja untuk bertemu kanak-kanak di wad pediatrik di IJN, Rara telah membelikan mereka semua belon berwarna warni sebagai hadiah.

Terima Kasih SURIA ucapkan kepada warga kerja IJN serta para pesakit yang menyambut baik kunjungan kami. Jika ada rezeki pasti kita akan berjumpa lagi. Semoga semua pesakit di IJN lekas sembuh dan kembali sihat dan ceria seperti biasa.

 

 

 

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!