89433

Penyampai SURIA Sertai #AnakAnak Malaysia Walk - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam telah berlangsung Anak Anak Malaysia Walk 2018 yang telah dianjurkan oleh STAR Media Group dengan kerjasama EcoWorld.

Hampir 10 ribu Anak-Anak Malaysia menyertai acara ini yang diadakan di Shah Alam Selangor termasuklah penyampai-penyampai SURIA yang terdiri daripada DJ Lin, Cik Piah, Rara, Tyzo dan Fizi Ali.

Pengerusi Kumpulan Radio Star Media, Dato Aminuddin Mohd Rouse juga turun padang bagi memberi sokongan kepada acara yang menyatupadukan rakyat Malaysia berbilang bangsa ini.

Acara yang memasuki tahun keempat penganjurannya itu turut disertai oleh selebriti-selebriti terkemuka tanah air seperti pereka kasut terkenal dunia Professor Datuk Jimmy Choo, supermodel Amber Chia dan ramai lagi.

 

Semoga acara seperti ini akan diteruskan lagi kerana ia dapat mengeratkan lagi hubungan rakyat Malaysia di samping dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!