100035

Penyampai Team Pagi Suria Jelajah Enam Negeri Sempena Bulan Kemerdekaan - Suria FM - Segalanya Hiburan

SINONIM dengan penganjuran siri jelajahnya, stesen radio Suria FM kembali menjelajah negeri sekitar Malaysia bermula pada 14 Ogos ini melalui siri mini jelajah ‘Team Pagi Suria (TPS) Merdeka Tour’. 

Siri mini jelajah yang dianjurkan bersempena bulan kemerdekaan ini akan singgah ke lokasi sarapan popular seluruh Malaysia dan akan ke lokasi pertama di Ayang Cafe, Kota Bahru Kelantan bermula pada jam 7.30 pagi bersama kehadiran penyampai Team Pagi Suria iaitu Ajak, Issey dan Fizi Ali. 

Selain dari Kelantan, Team Pagi Suria akan menjelajah ke negeri seperti Terengganu Pulau Pinang, Ipoh, Melaka dan Kuala Lumpur.

Tarikh/HariLokasi Masa
14 Ogos (Jumaat)Ayang Cafe, Kota Bahru 7.30 pagi – 9.30 pagi
15 Ogos (Sabtu)Nasi Dagang Atas Tol, Kuala Terengganu 7.30 pagi – 9.30 pagi
22 Ogos (Sabtu)Hameed Pata Mee Sotong, Padang Kota Lama Georgetown12 tengahari – 2.00 petang
23 Ogos (Ahad)Ipoh Hainan Chicken Rice Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh Perak 12 tengahari – 2.00 petang
29 Ogos (Sabtu)Roti Canai Kayu Arang, Melaka 7.30 pagi – 9.30 pagi
30 Ogos (Ahad)Nasi Lemak Wanjo, Kg. Baru 7.30 pagi – 11.30 pagi

 

Selain dapat bersarapan dan makan tengah hari secara percuma bersama penyampai Team Pagi Suria, pengunjung yang hadir turut akan dihiburkan dengan beberapa aktiviti yang memberi peluang kepada mereka membawa pulang hadiah bukan sahaja berupa wang tunai dan barangan eksklusif Suria seperti t-shirt edisi khas “Team Pagi Suria Merdeka Tour” malah tiga Wafer Emas bernilai RM350 setiap satu tajaan Makmur Gold untuk dimenangi. 

Suria FM juga akan turut mengedarkan pelitup muka dan bendera Malaysia kepada semua pengunjung yang hadir sebagai simbolik penganjuran mini jelajah ini. 

Menurut Pengurus Kanan Suria iaitu Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, penganjuran mini jelajah ini adalah bagi memperkenalkan barisan Team Pagi Suria sebagai tonggak utama Suria FM selain bertemu peminat setia yang menantikan kehadiran Suria di tempat mereka. Bukan itu sahaja, mini jelajah ini juga diharapkan dapat meraih pengikut baru untuk mendengarkan Suria. 

“Berikutan kebimbangan penularan wabak COVID-19 ditempat awam, pihak Suria FM akan menerapkan penjarakan fizikal dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi-lokasi TPS Merdeka Tour”, tambah DJ Lin. 

TPS Merdeka Tour ini dimewahkan oleh Makmur Gold. 

SKETSA MERDEKA SURIA 

Pada pendengar setia Suria dan mereka yang tidak dapat hadir ke lokasi-lokasi TPS Merdeka Tour, anda berpeluang memenangi wang tunai dan Wafer Emas edisi khas bernilai RM250 tajaan Makmur Gold dengan hanya menyertai peraduan Sketsa Merdeka Suria bermula pada 17 Ogos sehingga 21 Ogos 2020. 

Dengarkan sketsa pendek yang dilakonkan oleh Ajak, Issey dan Fizi Ali di segmen Team Pagi Suria setiap hari Isnin hingga Jumaat dan anda harus menyambung semula sketsa tersebut di ruangan komen Facebook @SuriaFm berserta Kata Kunci yang diberikan. Pemenang harian akan dipilih berdasarkan sambungan cerita sketsa yang paling kreatif dan menarik.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web www.suria.my dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...