90863

Penyanyi Sinead O’ Connor Kini Bergelar Muslim Dengan Nama Baru Shuhada Davitt - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sesungguhnya hidayah itu adalah milik Allah S.W.T dan ia datang kepada sesiapa sahaja yang dikendakiNya.

Siapa sangka penyanyi wanita terkenal dari Ireland iaitu Sinead O’Connor telah dibukakan pintu hatinya untuk memeluk agama Islam.

Sinead turut menukar namanya kepada Shuhada Davitt dan kini mengenakan hijab dikepalanya sebagai seorang Muslimah.

Beliau mengumumkan perkara itu di Twitter miliknya dengan berkata beliau berbangga untuk mengumumkan bahawa beliau kini merupakan seorang Muslim.

Katanya lagi, segala apa yang tertulis di dalam kitab telah menjurus dan membawanya ke arah Islam.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Nothing Compares 2 U’ itu juga telah menukar gambar profile akaun Twitternya dengan gambar pepatah “Wear A Hijab Just Do It” beserta logo jenama Nike.

Shuhada turut berkongsi tentang hijab pertamanya yang dihadiahkan oleh teman baiknya bernama Elaine. Tambahnya saat pertama Kali beliau memakai hijab, telah membuatkan rakannya itu meremang seluruh badan.

Shuhada turut memuatnaik videonya melafazkan Azan tetapi memohon maaf kerana terdapat kesalahan dalam sebutannya.

Penghijrahan Shuhadaini telah mendapat respon baik dari umat Islam seluruh dunia. Namun beliau tidak terkecuali menerima kecaman daripada pihak anti Islam.

SURIA rasa sangat terharu melihat betapa besarnya kekuasaan Allah di atas penghijrahan Shuhada ini. Semoga kisah Shuhada ini dapat menjadi inspirasi kepada umat Islam di seluruh dunia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!