
/wp-content/uploads/2017/01/anuar-zain-2-1920x693.jpg)
Kredibiliti Anuar Zain sebagai penghibur tanah air yang mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun sememangnya sudah tidak perlu diragui lagi.
Ketika ditanya mengapa selama ini beliau menyepikan diri sebelum muncul dengan album baru, Anuar Zain mempunyai alasan tersendirinya.
Pemilik nama Shahrul Anuar Zain menjelaskan bahawa beliau bukanlah seseorang yang gemar untuk menceritakan hal yang tiada kaitan dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi.
“Bagi saya, tidak perlu menceritakan apa-apa jika ia tiada kaitan dengan kerjaya saya. Jika tiada cerita, buat apa hendak ceritakan? Tak akan mahu create something semata-mata untuk diceritakan?
“Bagi saya pendedahan yang penting sahaja yang seharusnya dipilih dimana ia boleh dijadikan sesuatu yang terbaik untuk kerjaya kita.
“Sebenarnya peminat akan cepat bosan jika kita sering mengeluarkan cerita yang berkaitan dengan peribadi kerana bagi saya, personal keep it as personal,” katanya kepada SURIAfm.
Anuar ditemui pada sidang media Anuar Zain Album Tour 2017 dan Pelancaran Muzik Video ‘Cinta Takkan Berakhir’ di Hotel Le Meridien pada Selasa lalu.
Sebanyak enam rangkaian Mydin di lokasi berbeza yang bakal diterjah oleh Anuar Zain untuk Album Tour 2017 dan tiga daripada adalah di negeri Burung Kenyalang, Sarawak.
Bukan itu sahaja, peminat juga berpeluang untuk beramah mesra bersama Anuar Zain pada sesi Meet & Greet secara eksklusif dan penjualan album ini akan diteruskan di 45 buah cawangan Mydin di seluruh Malaysia dengan setiap pembelian cekara padat.
Pada 21 Januari 2017 ini, Showcase Younder Music Live Series By The Lake – Anuar Zain & You bakal menemui anda di Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana pada jam 8 malam.
Kepada peminat Anuar Zain yang ingin mendapatkan berita terkini tentang kerjaya dan perjalanan seninya, anda boleh layari platform media sosial Facebook dan Instagram Anuar Zain Network.