Rupa-rupanya video pergaduhan di antara Ifa Raziah dan Sheeda yang tular semalam di media sosial hanyalah propa semata-mata.

Menerusi video terbaru yang dimuatnaik kedua-dua artis berkenaan di Instagram, mereka mendedahkan bahawa semua itu hanyalah lakonan semata-mata.

HAHAHA…JOM KITA TENGOK VIDEO NI DAPAT BERAPA JUTA VIEWS PULAK? Kalau benda tak elok, sekejap jer naik views, kalau video elok…tak ada orang nak tengok!!!…Kepada Timbalan saya dlm @bintangdangdutmalaysia Sheeda, walaupun kadang2 kita berbeza pendapat, persahabatan kita akan kekal hingga ke akhir hayat! Aku dengan ikhlas hati memohon maaf atas keterlanjuran kata atau segala yg berlaku sepanjang persahabatan kita…❤ You Sheeda @sheedadangdutofficial …#Repost @sheedadangdutofficial • • • • • Memang kami dah lama tidak bertegur sapa sebelum ini tapi kami sudah pun berdamai. Kami hanya bergurau jadi korang semua jangan nak serious sgt ok 😜 @ifa_raziah #akakakakgurauje #kitaok #selamathariraya #kosongkosongok #dramasangat 😂 #tiadadendamtiadapeniputiadaperempuanplastik #videoiniataspersetujuanbersama #tidakadakaitandgnyanghidupatauyangmati

A post shared by 👑 IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

Itu semua dilakukan semata-mata untuk mempromosikan drama terbaru lakonan mereka berdua yang akan disiarkan di slot Akasia.

Di ruangan komen kedua-dua artis panas itu dihujani dengan komen yang berbaur kecaman yang menyamakan mereka berdua dengan penyanyi Haqiem Rusli dan Nabila Razali yang dikatakan sanggup melakukan gimik semata-mata untuk mempromosikan produk mereka.

Aduh! Tak baik tau diva-diva dangdut ni ‘prank’ seluruh rakyat Malaysia dengan lakonan mantap itu! SURIA pun terpedaya! Jangan sampai drama tu nanti kena boikot sudah la ya! Opps!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!