72585

Permainan Minda 'It' - Suria FM - Segalanya Hiburan

1482x984-it_normal

‘It’ adalah adaptasi novel terkenal penulis Stephen King dan sudah pernah dijadikan siri TV pada awal tahun 90-an. Adaptasi pertama ini sering diangkat menjadi antara adaptasi karya seram yang paling berjaya dan 27 tahun selepas itu, filem penuh ‘It’ muncul di layar perak.

it-tsr-0005

‘It’ bermain dengan fobia manusia, dan kejahatan dari dunia ini dan dunia lain.

 

Kisah bermula di pekan Derry, Maine, Amerika Syarikat. Jumlah kanak-kanak hilang di pekan ini sahaja lebih tinggi daripada jumlah terkumpul seluruh negara. Dan setiap 27 tahun, jumlah kanak-kanak hilang meningkat. Ada yang mengatakan pekan ini disumpah. Ada pula yang mengatakan pekan itu didiami kuasa jahat.

it-tsr-0001

Watak-watak utama filem ‘It’ adalah sekumpulan kanak-kanak yang bergelar ‘The Losers’ Club’. Mereka membesar dalam suasana yang kurang menyenangkan dan seringkali dibuli oleh ‘The Bowers Gang,’ kumpulan samseng di sekolah mereka.

 

Bukan itu saja, ‘The Losers’ Club’ terpaksa berdepan dengan It/Pennywise Si Badut Menari selepas adik salah seorang ahli kumpulan hilang.

it-09695r

It/Pennywise Si Badut Menari mengumpan mangsanya dengan janji-janji manis atau dengan memanipulasi fobia yang sedia ada dalam mangsa dengan menggunakan kebolehannya untuk berubah bentuk.

Watak It/Pennywise dibawakan dengan sungguh baik oleh pelakon muda Bill Skarsgård. Solekan, tuturkata dan suaranya pasti menghantui penonton lama selepas filem selesai.

it-09162

Kisah persahabatan ‘The Losers’ Club’ dan permasalahan hidup mereka juga cukup menyentuh hati.

Perhatikanlah perincian kecil yang ditanam di seluruh filem, baik dari segi visual mahupun bunyi, kerana ia membantu memperkayakan pengalaman menonton filem ini.

it-fp-0002

Rujukan 80-an yang kental pasti disukai oleh penonton 30-an ke atas. Dan kumpulan penonton ini juga pasti ada yang sudah pernah menonton siri yang asal. Saranan Suria kepada mereka, tontonlah ‘It’ yang baru ini. Banyak sekali perbezaan daripada yang lama.

Kepada mereka yang baru mahu berkenalan dengan Pennywise, jangan terkejut jika selepas ini anda tiba-tiba takut kepada badut dan belon merah.

it-tsr-0003

Jangan lupa saksikan ‘It’ di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 7 September

 

sumbangan : Ili Farhana

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!