84384

'Pernah Minta Allah Tarik Nyawa Saya & Anak-Anak' – Luahan Zarina Zainuddin - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pengorbanan ibu dan kasih sayang yang diberikan kepada anak tiada tolak bandingnya terutamanya dalam membesarkan anak yang menghidap penyakit. Ini yang berlaku terhadap pelakon, Zarina Zainuddin yang mempunyai dua anak kembar lelaki yang menghidap Austisme.

Kami di SURIAfm sangat terpegun dan tersentuh dengan apa yang telah dilalui oleh Zarina apabila sering melihat video beliau dan anaknya yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Baru-baru ini Zarina telah berkongsi pengalaman yang dilalu olehnya selama 21 tahun dalam membesarkan anak kembarnya dan apa yang boleh dikatakan, Zarina sememangnya sangat tabah!

Zarina mengakui bukan mudah untuk beliau membesarkan dua orang anak kembarnya dalam satu masa tetapi berkat doa Allah SWT berikan telah membawa Zarina berjaya mendidik mereka sehingga ke hari ini.

“Wanita adalah makhluk Tuhan yang paling istimewa. Dia kuat besarkan dan menyayangi anaknya sehingga dewasa, tak kira apa sahaja rintangan yang dilalui. Saya boleh katakan, wanita lebih kuat daripada lelaki. Lelaki sebenarnya punya sifat manja. Jika mereka sakit kita boleh lihat mereka lemah.

“Saya tidak merasakan apa yang saya lakukan sebagai seorang ibu itu pengorbanan tetapi ianya adalah satu keperluan. Tak dinafikan membesarkan dua orang anak autisme ini bukan mudah tapi dari situ kita boleh menambah pahala dan amal kita kepada Allah. Saya sentiasa meminta pada Allah supaya berilah saya kesabaran dalam membesarkan mereka.”

Setiap manusia tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan dan perasaan negatif ketika berhadapan dengan apa sahaja situasi. Ini yang berlaku terhadap Zarina apabila hati beliau pernah tercuit supaya Allah SWT mengambil nyawanya dan anak kembarnya.

“Kita manusia biasa, ada masa kita tewas. Pernah sewaktu anak-anak masih kecil saya hampir putus asa apabila melihat keadaan mereka yang sering mencederakan diri sehingga berdarah-darah. Saya _++ supaya kami sama-sama mati dan tidak perlu meneruskan hidup lagi. Waktu itu iman saya tidak kuat dan saya seperti mahu mati bersama anak-anak tetapi nasib baik saya cepat tersedar dan memohon ampun kepadaNya. Kehidupan selepas mati juga bukan mudah seperti yang kita sangkakan.”

Zarina juga sempat meninggalkan pesan kepada ibu bapa diluar sana yang senasib dengannya supaya sentiasa meendekatkan diri dengan anak-anak tidak kira apa jua situasi yang mendatang.

“Jangan hina dan pukul anak kita, dekatkan diri kita dengan mereka dan selalu bermain dengannya. Layanlah anak kita seperti orang lain, bawanya keluar jangan malu. Mereka juga mahu keluar bermain, tonton wayang seperti kita. Layanlah mereka dan ajar mereka tentang kehidupan, insyaAllah mereka akan faham sedikit demi sedikit.”

Jika dilihat perwatakan dan personaliti Zarina ketika membawa watak menerusi drama, kita tidak akan dapat menyangka betapa tabahnya beliau dalam mendidik dan membesarkan anak kembar lelakinya.

Kami di SURIAfm sangat-sangat berharap agar Zarina dan ibu bapa diluar sana supaya terus bersabar dan tidak mudah mengalah untuk menjaga amanah yang telah diberikan oleh-NYA.

Dia jaga abang dia. Azal yang prihatin Tq azal love u @azal_azrai 😍😘 #azalazrai #azilazal #twins #autism

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Dapat jugak belikan abang azil air 😍😘😁

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Sumber : Astro Gempak

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!