71944

Persahabatan Selama 25 Tahun Kajol Dan Karan Johar Musnah Gara-gara Twitter - Suria FM - Segalanya Hiburan

Laman sosial sememangnya mempunyai kekuatan tersendiri dalam memusnahkan sesuatu hubungan tidak kira sama ada pasangan bercinta, suami isteri mahupun sahabat.

Ini apa yang berlaku terhadap pengarah filem Bollywood, Karan Johar yang telah mendedahkan punca keretakan hubungannya sebagai sahabat bersama pelakon wanita, Kajol.

karan-johar_660_053013033401

Apa yang difahamkan, persahabatan yang terjalin selama 25 tahun akhirnya gugur apabila filem arahan Karan, Ae Dil hai Mushkil telah ditayangkan serentak bersama filem Shivaay iaitu arahan suami kajol, Ajay Devgan.

Ia bermula apabila Ajay telah menuduh Karan memberikan rasuah kepada seorang pengkritik filem terkenal Bollywood untuk memberikan persepsi negatif tentang filem Shivaay di Twitter.

049338600_1437381441-9-kajol-ajay-devgan2

Sekali gus ia telah mengundang kemarahan Karan kerana Ajay menuduhkan sehingga begitu. Apa yang lebih melukakan hati Karan apabila Kajol turut menyokong tindakan suaminya dengan me-retweet semula kenyataan Ajay.

“Saya tidak mahu mendengar atau bertemu dengan pasangan tersebut. Saya tidak pernag teringin untuk dekat atau bersahabat dengan Ajay. Selama ini saya diamkan sahaja kerana Kajol adalah sahabat baik saya. Selepas 25 tahun, semuanya telah berubah. Saya tidak mahu lagi Kajol kembali ke dalam hidup saya. Saya juga rasakan Kajol turut merasakan perkara yang sama.”

Alahai sayangnya apabila persahabatan yang terjalin akhirnya musnah gara-gara laman sosial. Dalam apa jua situasi mesti akan ada jatuh bangunnya. 

Sumber : Pinkvilla

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!