90884

Pertarungan Ratu Vokal Di Pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 33 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Senarai 30 buah lagu yang layak bertanding di Separuh Akhir Muzik Muzik 33 (SFMM33) telah pun diumumkan pada minggu lalu dalam sebuah sidang media.

Tahun ini SFMM33 kembali menjadi tumpuan apabila empat ratu vokal Malaysia kembali berentap mewarnai pentas separuh akhir.

Jika beberapa tahun kebelakangan ini pentas separuh akhir serta banyak dihiasi dengan penyanyi BBNU, namun tahun ini giliran otai kembali menyerah.

Pemenang pertama anugerah vokal terbaik AJL, Liza Hanim kembali ke pentas separuh akhir selepas hampir 10 tahun tidak muncul. Liza yang kini sarat mengandung bakal menyanyikan lagu Mimpi ciptaan Hafiz Hamidun dan penulis lirik Ahmad Fedtri Yahya.

Pemenang anugerah vokal terbaik dua tahun berturut-turut iaitu Misha Omar kembali berentap secara solo dan akan mempertandingkan lagu hits Sampai Bila ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Shah Shamshiri dan Ahmad Fedtri Yahya. Kali terakhir Misha bertanding secara solo adalah menerusi lagu Cinta Adam Dan Hawa.

Pemenang hatrik anugerah vokal terbaik AJL siapa lagi kalau bukan Dayang Nurfaizah bakal berentap di SFMM33 bersama tiga buah lagu pada tahun ini. Dayang bakal mendendangkan lagu Dia, Layarlah Kembali dan Haram duet bersama Hael Husaini.

Penyanyi yang berpengalaman berentap di Separuh Akhir Muzik Muzik namun masih belum berkesempatan melangkah ke AJL iaitu Siti Sarah kembali ke pentas SFMM33 selepas hampir 10 tahun tidak muncul. Lagu hits Semakin membawa semula penyanyi genit ini ke pentas SFMM33 bersama segunung harapan dari peminatnya yang mahu melihat beliau melangkah ke pentas AJL buat pertama kali. Mampukah lagu ciptaan Mera Utama atau Shuib itu membawa Siti Sarah ke pentas AJL33? Sama-sama kita nantikan.

Berikut adalah senarai 30 buah lagu yang terpilih ke pentas SFMM33 ;

  1. Di Matamu – Sufian Suhaimi
  2. Dia – Qody
  3. Kata Akhirmu – Ariff Bahran
  4. Sesungguhnya Aku – Alif Satar
  5. Bercanda Di Malam Indah -Kugiran Masdo
  6. Mimpi – Liza Hanim
  7. Seindah Berdua – Dewi Seriestha
  8. Dia – Dayang Nurfaizah
  9. Semakin – Siti Sarah
  10. Tak Pernah Hilang – Amylea & Kaer
  11. Hikayat Ben Ladin – Ben Ladin
  12. Bunga – Altimet
  13. Luluh – Khai Bahar
  14. Rahsia Kita – Khai Bahar & Fatin Husna
  15. Stereotype – Akim & The Majistret
  16. Sulit – Aman Aziz
  17. Bunga – Ara Johari
  18. Jagakan Dia – Shiha Zikir
  19. Haram – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
  20. Demi Kita – Ismail Izzani
  21. Cakap Ke Tangan – Stacy
  22. Kau Pun Sama – Syamel
  23. Selamat Tinggal Sayang – Haqiem Rusli
  24. Jatuh Bangun – Haqiem Rusli & Aman Ra
  25. Hajat – Hael Husaini
  26. Layarlah Kembali – Dayang Nurfaizah
  27. Nisan Cinta – Wany Hasrita & Jaclyn Victor
  28. Rintihan Rindu – Wany Hasrita
  29. Kisah Antara Kita – One Avenue Band
  30. Sampai Bila – Misha Omar
Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!