88914

Pertunjukan Fesyen Fazura Dapat Pujian - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sabtu lalu telah berlangsung pertunjukan fesyen bagi jenama Fazbulous milik aktres Nur Fazura sempena dengan Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018.

Pertunjukan fesyen itu telah mendapat pujian ramai kerana bukan sahaja mempersembahkan koleksi yang menawan tetapi juga gimik akhir pertunjukan itu menjadi bualan.

Sekumpulan model berbaris di atas pentas dan tiba-tiba kesemua mereka rebah dan berbaring dengan gaya tersendiri.

Fazura muncul di akhir pertunjukan dengan berjalan di sebalik model-model yang terbaring dengan lagak yang bersahaja.

https://www.youtube.com/watch?v=wAe0tXNLFfs

Seluruh penonton bersorak dan memberikan tepukan yang gemuruh kepada Fazura dan rata-rata mereka sangat terhibur dengan gimik berkenaan.

Bukan sahaja mendapat pujian untuk gimik berkenaan, Fazura turut menerima pujian kerana membawa seorang model bersaiz besar untuk menjadi model penutup kepada persembahan koleksinya yang diberi nama Euphoria.

Tahniah diucapkan kepada Fazura kerana berjaya memberikan sesuatu yang berbeza untuk sebuah pertunjukan fesyen di Malaysia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!