71832

Pesawat Yang Membawa 42 Orang Penumpang Terhempas - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebuah pesawat Pakistan yang membawa 47 orang penumpang terhempas ketika melakukan penerbangan domestik dari bandar utara pergunungan Chitral ke Islamabad, kata pihak berkuasa penerbangan.

Penerbangan PK661, Pakistan International Airlines (PIA) terhempas di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, demikian menurut pihak berkuasa penerbangan awam kepada AFP.

screen-shot-2016-12-07-at-10-12-49-pmscreen-shot-2016-12-07-at-10-13-06-pm

Terdahulu kenyataan awal syarikat penerbangan itu memberitahu bahawa pesawat turboprop ATR-42 itu telah terputus hubungan dalam perjalanan dari Chitral.

“Sebuah pesawat telah terhempas dan penduduk tempatan memberitahu bahawa ia sedang terbakar. Polis dan pasukan penyelamat kini dalam perjalanan tetapi masih belum tiba di lokasi nahas.”

Bencana udara besar yang terakhir berlaku di Pakistan adalah pada tahun 2015 apabila sebuah helikopter tentera Pakistan terhempas hingga mengorbankan lapan orang termasuk duta Norway, Filipina dan Indonesia dan isteri-isteri duta Malaysia dan Indonesia.

Sumber : mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!