88340

Pesona Bintang Puteri Aishah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Biarpun baru setahun jagung membenih bakat dalam lapangan seni lakonan, namun nama Puteri Aishah lantas menjadi perhatian pengarah dan penerbit filem untuk membintangi filem mereka.

Buktinya, watak Thom dalam filem Pulang arahan Khabir Bhatia menjadi miliknya. Mungkin ramai yang skeptikal mengapa Puteri Aishah yang dipilih sedangkan ramai lagi aktres berbakat dan berpegalaman yang boleh menggalas watak itu.

Namun Khabir punya alasannya yang tersendiri mengapa beliau memilih pelakon wanita yang juga merupakan finalis pencarian Dewi Remaja 2015  itu.

“Kita tidak sewenang-wenangnya memilih Puteri Aishah. Dia juga perlu melalui proses pemilihan dan dia berjaya melakonkan babak yang pelakon lain tidak mampu lakukan ketika itu.

Bagi Puteri Aishah pula, dia sendiri tidak menyangka tuah untuk membawakan watak Thom berpihak kepada dirinya. Namun katanya mungkin kerana wajahnya yang kelihatan klasik merupakan antara satu sebab kenapa dirinya dipilih.

“Saya sendiri ‘speechless’ melihat wajah saya di layar perak. Ini adalah filem pertama saya dan sejujurnya saya tidak sangka filem ini akan jadi sebesar ini. Sebagai orang baru saya sangat bertuah kerana diberi bimbingan oleh mereka yang sangat berpengalaman seperti Khabir, Remy dan juga Puan Fatimah Abu Bakar. Ahli keluarga Cik Thom sendiri juga banyak membantu saya bagaimana untuk membawakan karektor Cik Thom”, jelasnya.

Puteri Turut berharap filem pertama lakonannya ini akan mendapat sambutan ramai dan mendapat kutipan pecah panggung.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!