88270

Piala Dunia 2018 – Hampir 5000 Banjiri Restoran Hakim Seksyen 7 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Hampir 5000 pengunjung berkumpul di Restoran Hakim Seksyen 7 Shah Alam malam tadi untuk menonton Rentap Rusia 2018 perlawan akhir Piala Dunia 2018 yang dibawakan oleh akhbar Kosmo bersama SURIA FM.

Kemeriahan berlangsung seawal jam 5 petang lagi apabila penyampai-penyampai SURIA FM seperti Halim Othman, Tyzo dan Naim Hashim bersiaran langsung dari Restoran Hakim.

 

Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang dianjurkan untuk pengunjung antaranya permainan video Playstation, Teka Balang dan Sepak Bola. Malah penonton yang bertuah juga berjaya membawa pulang Televisyen, Bola Rasmi Piala Dunia, Jersi Origina, hamper serta barangan eksklusif daripada Kosmo dan SURIA.

Sebelum perlawanan akhir bermula, penympai-penyampai SURIA yang terdiri daripada DJ Lin, Rara, Fizi Ali, Feeya Iskandar, Tyzo, Suraya, Bob Ringgo, Halim Othman dan Naim Hashim menggamatkan suasana di perkarangan Restoran Hakim.

Bekas penyampai SURIA iaitu Zulin Aziz turut tidak ketinggalan turun padang bersama-sama untuk memeriahkan Rentap Rusia 2018.

Turut hadir pada malam itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak, Pengarang Kosmo Datuk Baharo dan Penolong Pengarang 2 Kosmo Lokman Othman. Tidak ketinggalan penaja dari DMFL, Datuk Muhammad Farhan Lokman.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Perancis yang berjaya menewaskan lawan Croatia denagn kemenangan 4-2 pada malam tadi sekaligus mengulang kembali kejayaan mereka pada Piala Dunia 1998 20 tahun yang lalu.

Terima kasih kepada hampir 5000 warga Shah Alam yang telah hadir memberikan sokongan padu bagi memeriahkan lagi Rentap Rusia 2018 malam tadi. Kita jumpa lagi pada tahun 2022.

Untuk menyaksikan dengan lebih lanjut kemeriahan di Restoran Hakim Seksyen 7, saksikan video ini ;

 

Kredit Foto : Kosmo Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber