Selepas kami paparkan apa yang Dato Fazley Yaakob kongsikan di laman Instagramnya tentang kejadian yang dialaminya sewaktu berada di pusat membeli-belah Suria KLCC baru-baru ini, ramai yang memberikan pendapat mereka tentang kejadian tersebut.

Ramai yang bersetuju dengan tindakannya dan ada juga yang kurang mengerti dan tidak setuju sama sekali.

Apapun, pihak pengurusan Suria KLCC telah memohon maaf kepada pemenang Masterchef Celebrity Malaysia itu dan mengakui bahawa memang tidak ada peraturan atau undang-undang rasmi yang menyatakan bahawa pengunjung tidak boleh menukar lampin di dalam tandas bangunan tersebut.

Fazley telahpun berkongsi kemaskini Instagramnya yang terbaru di mana ia memaparkan permintaan maaf pihak pengurusan.

 

Selain itu, Fazley juga menyatakan yang dia telah mengundang pengurus tandas yang dia temui pada hari kejadian untuk makan di kafe miliknya, SukaSucre Bistro supaya dapat melembutkan hatinya kala berhadapan dengan pengunjung di masa depan. Malah Fazley juga memberitahu yang dia sendiri ingin memasak untuk wanita tersebut.

Syabas Dato Fazley di atas kesabaran dan keikhlasan anda. Semoga kisah ini menjadi pengajaran untuk kita semua!

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!