72297

Pirates of The Carribean: Salazar’s Revenge Sarat Aksi, Komedi Dan Emosi. - Suria FM - Segalanya Hiburan

landscape-1488452253-pirates-of-the-caribbean-poster

Francais filem terkenal Pirates Of The Carribean kembali dengan sekuel kelimanya yang bakal mengembalikan nostalgia anda tentang kegemilangan filem ini lebih sedekad lalu.

Hampir kesemua watak utama asal filem ini telah kembali dalam siri yang diberi tajuk Pirates Of The Carribean : Salazar’s Revenge.

screen-shot-2017-03-02-at-23-54-07

Filem ini mengisahkan tentang seorang kapten lanun iaitu kapten Salazar (Javier Bardem) yang telah mati dibunuh oleh kapten Jack Sparrow (Johnny Depp) dan rohnya kembali ingin membalas dendam di atas kematiannya.

Untuk melunaskan niatnya itu, Kapten Salazar telah meminta bantuan Henry iaitu anak kepada Will Turner (Orlando Bloom) dan Elizabeth Swann (Keira Nightley) yang dibintangi oleh Brandon Thwaite.

PIRATES OF THE CARIBBEAN: DEAD MEN TELL NO TALES

Henry yang terdesak mahu mencari Kapten Jack Sparrow telah bersetuju dengan permintaan kapten Salazar kerana dia juga mempunyai tujuan yang sama untuk mencari Jack Sparrow kerana hanya Sparrow yang mampu menolongnya untuk memecahkan sumpahan laut yang terjadi kepada ayahnya.

Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales

Pelbagai adegan penuh aksi dan lucu yang menarik terjadi sepanjang pengembaraan mereka untuk mencari penawar kepada semua sumpahan yang terjadi.

jack-sparrow

Penonton juga bakal tenggelam dalam emosi apabila melihat penampilan Orlando Bloom dan Keira Nightley muncul semula selepas sekian lama terpisah akibat dari terkena sumpahan.

Jangan lupa untuk menonton filem yang dinanti ramai ini di pawagam seluruh Malaysia bermula 25 Mei 2017.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!