
/wp-content/uploads/2017/11/23011436/Screen-Shot-2017-11-21-at-12.01.41-PM-e1511938830346.png)
Setiap tahun, program sensasi Gegarvaganza pasti akan ada kisah kontroversi. Tahun ini juga tidak terlepas.
Terbaru, perang siber tercetus diantara pengacaranya iaitu Nabil Ahmad dan chef selebriti Malaysia, Datuk Profesor Chef Wan yang mengkritik cara Nabil mengendalikan program berkenaan.
Menerusi Instagram milik Chef wan, beliau telah mengkritik Nabil yang dikatakan suka menyampuk sewaktu juri melontarkan pendapat.
Nabil yang sedar akan status Chef Wan itu telah memuatnaik sebuah video membidas kritikan Chef Wan terhadapnya.
Selepas Chef Wan yg bermulut lancang sound Nabil di IG. Nabil pantas memberi respon. Terbaik Nabil!
Nak menegur biar kena tempat👍 pic.twitter.com/CfX7X0LIYh
— TELOR Goyang (@telor_goyang) November 20, 2017
Chef Wan yang sedar dengan video yang dimuatnaik Nabil itu telah memuatnaik status yang baru.
Kata Chef Wan beliau telah bertemu dengan Nabil sebelum ini di bilik persalinan untuk menasihati pengacara itu supaya menjaga batas.
Netizen pula seakan berpesta memberi komen di ruang Instagram Chef Wan dan Nabil.
SURIA harap semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Tak manis lah kalau bergaduh cara begini. Industri kita ni kecil jer, pusing-pusing akan bertemu juga nanti.