
/wp-content/uploads/2020/09/bruce-2.png)
DUNIA muzik Amerika Syarikat berduka apabila bekas penyanyi utama kumpulan The Temptations, Bruce Williamson, 49, meninggal dunia akibat Covid-19 pada Ahad.
Bruce Williamson, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Las Vegas, Amerika Syarikat selepas disahkan positif Covid-19 sejak akhir Ogos lalu.
Anaknya, Bruce, 28, berkongsi berita sedih itu di Facebook dan menyifatkan mendiang bapanya seorang individu yang hebat dan penyayang.
Menurut Bruce, dia akan memastikan legasi bapanya diteruskan dan menganggap industri muzik kehilangan seorang ikon seni.
“Ramai yang menyayanginya. Bapa saya seorang insan yang hebat. Di mata saya, kita kehilangan seorang ikon. Saya akan pastikan legasinya terus diwarnai,” katanya.
Williamson mula menyertai The Temptations pada tahun 2006 sehingga 2015.
Kredit gambar dan artikel mStardan The Billboard