72116

Power Rangers Kembali ke Layar Perak - Suria FM - Segalanya Hiburan

22-march-2017-power-rangers-poster

Sekiranya anda membesar sekitar era 90-an, anda pasti mengenali siri TV popular, Power Rangers. Suatu ketika dahulu ia menjadi fenomena kegilaan kanak-kanak dan sempat menambat hati golongan remaja juga. Malah, berkat popularitinya ia pernah diangkat ke layar lebar pada tahun 1995.

pr_d044_08782_r2

Setelah lebih 20 tahun, Power Rangers sekali lagi difilemkan dan sesuai dengan peredaran masa, versi terbaru ini jauh lebih menghiburkan berbanding filem pertamanya dulu. Masih berlandaskan jalan cerita yang digarap dari siri TV asal, Power Rangers mengikuti kisah lima orang anak muda yang menemui kuasa hebat secara tidak sengaja, tanpa mengetahui yang mereka sebenarnya memang dipilih untuk menjadi adiwira dan mempertahankan bumi dari kuasa-kuasa jahat lain.

pr_d026_04089_comp3_crop

Filem ini menampilkan kesan khas yang menarik di samping alur cerita yang tidak kurang hebatnya. Biarpun barisan pelakonnya tidak terdiri daripada nama-nama besar Hollywood namun penampilan mereka berjaya menghidupkan kisah lima orang adiwira muda ini.

Buat penggemar filem berkonsep sains fiksyen dan adiwira seperti Godzilla, Avengers, Ultraman dan yang seangkatan dengannya, pasti akan menyukai adaptasi Power Rangers yang terbaru ini.

Sesuai untuk tontonan seisi keluarga, filem Power Rangers sudah mula ditayangkan di pawagam-pawagam Malaysia bermula 23 Mac.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!