87004

Priyanka Chopra & Nick Jonas Dilaporkan Bercinta - Suria FM - Segalanya Hiburan

Dunia Hollywood dan Bollywood dikejutkan dengan berita percintaan di antara Nick Jonas dan Priyanka Chopra.

Ada sumber yang mengesahkan tentang hubungan mereka berdua kepada majalah US Weekly.

Tahun lalu ada ura-ura yang mengatakan mereka berdua berpacaran setelah dilihat bersama sewaktu MET Gala.

Terbaru mereka berdua dilihat menghadiri konsert Beauty And The Beast bersama pada 25 May lalu.

Berita ini mendapat perhatian meluas dari dunia Bollywood terutamanya. Peminat juga mempersoalkan hubungan cinta mereka kerana jarak usia mereka yang jauh. Priyanka berusia 35 manakala Nick pula 25.

Namun usia bukanlah penghalang dalam bercinta. Sebelum ini sudah banyak pasangan selebriti yang jauh jarak umur yang berkahwin dan bahagia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!