88588

Priyanka Chopra & Nick Jonas Dilaporkan Bertunang - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pasangan sensasi Priyanka Chopra dan Nick Jonas dilaporkan telah pun mengikat tali pertunagan baru-baru ini.

Nick Jonas dikatakan telah melamar bekas Ratu Cantik Dunia itu pada hari jadinya yang ke 36 minggu lalu di London.

Khabarnya Nick bersungguh-sungguh mahu memilih cincin buat kekasih hatinya itu dan dilaporkan telah membeli cincin pertunangan mereka di butik Tiffany & Co.

Menurut sumber terdekat, Nick dikatakan sangat bahagia bersama dengan Priyanka dan ahli keluarga memberitahu mereka tidak pernah melihat Nick gembira seperti itu.

Priyanka juga dikatakan telah membawa Nick bertemu dengan Putera Harry dan Megahn Markle sewaktu kunjungan mereka ke London.

Tetapi sehingga kini kedua-dua bintang itu belum lagi membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai pertunangan mereka.

Namun apa yang menguatkan lagi spekulasi pertunangan mereka apabila Priyanka dilaporkan telah menarik diri dari membintangi filem terbaru bersama Salman Khan atas alasan sebab peribadi.

Ramai yang kecewa dengan penarikan diri Priyanka kerana mereka sudah lama menunggu aktres itu kembali beraksi di Bollywood selepas beberapa tahun memberikan fokus kepada Hollywood.

Adakah Priyanka menarik diri dari terlbiat dengan filem tersebut kerana dalam persiapan untuk majlis perkahwinan? Nampaknya jarak usia sebanyak 10 tahun bukanlah penghalang untuk pasangan ini mengecapi bahagia seperti manusia lain.

Tak sabar SURIA nak lihat majlis perkahwinan mereka nanti. Pertembungan dua budanya Bollywood dan Hollywood. Pasti Meriah!

 

Sumber : Harper’s Bazaar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!