91580

Priyanka Chopra & Nick Jonas Kini Bergelar Suami Isteri - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pasangan popular dunia Priyanka Chopra dan Nick Jonas akhirnya bergelar suami isteri secara sah pada 1 Disember lalu.

Majlis perkahwinan yang diadakan secara tertutup itu telah berlangsung di Taj Umaid Bhawan Palace di Jodhpur India.

Kedua-dua pasangan bahagia itu telah memuatnaik gambar-gambar bahagia mereka bersama di Instagram masing-masing.

Dianggarkan bahawa majlis perkahwinan mewah selebriti Bollywood dan Hollywood itu menelan belanja sebanyak USD1 Juta.

Majlis perkahwinan juga diadakan dalam dua adat yang berbeza iaitu adat kristian di sebelah Nick, dan Hindu di sebelah Priyanka.

Biarpun Priyanka (360 berusia 10 tahun lebih tua dari Nick (26), namun cinta mereka telah membuktikan bahawa usia hanyalah angka semata-mata.

Tahniah SURIA ucapkan kepada pasangan sama cantik sama padan ini. Tak sabar pula nak tunggu zuriat mereka berdua. Pasni comel-comel belaka.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!