89095

Priyanka Chopra & Nick Jonas Sah Bertunang Secara Rasmi - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pasangan sensasi Bollywood dan Hollywood iaitu Priyanka Chopra dan Nick Jonas akhirnya telah bertunang secara rasmi.

Majlis pertunangan itu telah berlangsung di India dengan penuh adat resam agama Hindu.

Ahli keluarga Nick Jonas turut hadir ke upacara pertunangan itu di mana kesemua mereka memakai pakaian tradisional masyarakat India.

Para selebriti serta rakan Priyanka dari Bollywood turut hadir memeriahkan majlis antaranya Alia Bhatt dan sepupu Priyanka sendiri iaitu Parineeti Chopra.

Priyanka turut berkongsi detik-detik istimewa dalam hidupnya itu di akaun Instagram miliknya.

Kedua-dua pasangan ini kelihatan begitu gembira sekali malah kedua-dua belah keluarga juga sangat menyukai satu sama lain.

Tak sabar rasanya SURIA nak lihat majlis perkahwinan mereka nanti. Pertembungan dua budaya timur dan barat. Pasti meriah!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber