93041

Program Muzikal Riuh Raya Suria Imbau Kenangan Berhari Raya Artis Popular - Suria FM - Segalanya Hiburan

Masih mengekalkan tema Segalanya Lebih Bermakna, Suria menawarkan pelbagai pengisian khas sempena Ramadan Raya tahun ini. Pengisian ini merangkumi video Ramadan, aktiviti amal, program Raya yang boleh ditonton menerusi laman web www.suria.my.

Untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Suria memperkenalkan program muzikal raya pertama terbitan Suria iaitu Riuh Raya Suria.

Riuh Raya Suria ini merupakan program yang berkonsepkan gabungan bual bicara dan persembahan band secara langsung menampilkan persembahan daripada barisan artis baru dan lama seperti Rohana Jalil, Ramlah Ram, Isma AF, Izzue Islam, Wani Kayrie, XPose Band, Neon Band, Afieq Shazwan, Amylea, Megat, Aziz Harun, Amir Masdi, Fara Hezel & Luqman Faiz.

Bukan sahaja membuat persembahan, malah artis-artis jemputan turut berkongsi imbauan kisah mereka berhari raya bersama penyampai-penyampai Suria dan tetamu yang hadir. Habis kecoh dan gamat bila mendengar cerita-cerita lucu mereka.

Program Riuh Raya Suria ini turut meraikan anak-anak yatim daripada Rumah Bakti Nur Ain Bangi. Lebih istimewa lagi adalah apabila anak-anak ini turut mendapat tajaan baju raya dan duit raya daripada Nagoya Textiles & Fashion Sdn Bhd.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung iaitu artis-artis jemputan, penaja-penaja seperti penaja lokasi D’empangan Udang Galah Putrajaya, penaja Dekorasi Mega Bridal Creations, penaja pakaian penyampai lelaki Azirun Ramly & Farah Khan, penaja pakaian penyampai perempuan ShawlPublika dan penaja tatarias Aqmal Azman.

Saksikan persembahan dan keriuhan barisan penyampai Suria bersama artis jemputan berkongsi pengalaman mereka menerusi Youtube SuriaTV dan juga Facebook Suria Malaysia, pada Hari Raya Pertama, 5 Jun 2019 pada jam 8.00 malam.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!