88521

‘Pulang’ Bikin Penonton Tertanya-Tanya.. - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tidak begitu banyak filem di Malaysia yang dihasilkan berdasarkan kisah benar. Namun pasti ramai yang sudah menonton sedutan iklan filem ‘Pulang’ di media massa. Barangkali, ramai juga yang tidak tahu bahawa filem epik yang menjadi bualan ramai ini merupakan sebuah filem yang diinspirasikan dari sebuah kisah benar keluarga Datuk Ahmad Izham Omar, salah seorang tokoh penting dalam dunia media dan hiburan.

‘Pulang’ yang menampilkan ramai nama-nama besar dalam pembikinannya mengisahkan perjalanan hidup seorang lelaki dari kampung bernama Othman yang pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki buat keluarga yang baru dibinanya.

Biarpun tema filem ini pada asalnya mengisahkan ‘kepulangan’ dan tampak agak mudah, namun konflik yang terjadi sepanjang penceritaan membuatnya lebih menarik dan mendebarkan.

Penonton yang memberi perhatian penuh kepada alur cerita pasti bakal tertanya-tanya kenapa watak Othman bertindak seperti yang dipaparkan di dalam filem, dan akan menunggu jawapannya di penghujung cerita.

Ditambah dengan kesan khas CGI untuk menghidupkan lagi kisah benar ini, ‘Pulang’ berjaya memberikan hasil sinematografi yang hebat dan memang sedap untuk tatapan mata.

Dengan penampilan para pelakon hebat seperti Remy Ishak, Puteri Aishah dan ramai lagi, ‘Pulang’ juga mendapat sentuhan pengarah tersohor Kabir Bhatia yang sinonim dengan dunia filem Melayu.

Buat anda yang ingin mengetahui kesudahan kisah benar ini, pastikan anda menonton ‘Pulang’ di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 26 Julai 2018.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!