93529

QUE SERA SERA Taruhan Penyanyi Baru Layla Sania - Suria FM - Segalanya Hiburan

Apa yang akan terjadi, pasti terjadi. Sesuatu yang berlaku, sudah pun berlaku dan tidak boleh diubah lagi. Hanya tinggal melaluinya dengan hati yang terbuka. Begitulah yang cuba yang disampaikan oleh penyanyi baru Layla Sania menerusi single debut berjudul “QUE SERA SERA”. Pemilik nama sebenar Layla Sania binti Khairuzikri atau lebih mesra disapa sebagai Layla ini merupakan antara angkatan artis generasi baru yang bernaung di bawah Warner Muzik Malaysia.

Lagu yang diberi judul “QUE SERA SERA” ini mengambil ungkapan dari bahasa Sepanyol yang membawa maksud ‘Apa yang akan terjadi, pasti terjadi’.  “QUE SERA SERA” merupakan karya ciptaan Layla sendiri bersama bapanya Khairuzikri yang menggunakan nama pena, Mystictune. Menjanjikan suatu kelainan daripada muzik di pasaran arus perdana, lagu rancak yang menyuntik elemen muzik jazz dan blues ini mendapat sentuhan figura muzik terkenal AG Coco sebagai penerbit.  Sungguhpun begitu, lagu yang berentak rancak ini diisi dengan bait-bait lirik yang bercerita tentang cinta dan kecewa. Lirik yang ditulis oleh Zazaez ini terhasil daripada kisah peribadi Layla sendiri.

Mengulas tentang inspirasi yang dikongsikan kepada penulis lirik ini, Layla berkata,”Lagu ini ditulis ketika Layla baru mengenal erti cinta dan kecewa di usia remaja. Lirik lagu ini ditulis lebih kepada pesanan peribadi kepada rakan sebaya yang baru nak mengenal erti kehidupan. Mesej yang ingin Layla sampaikan adalah cinta memang indah, namun ianya bukan segala-galanya. Diri sendiri adalah lebih berharga. Sebagaimana cinta boleh datang dan pergi, hidup ini juga ada pasang surutnya. Setiap yang Allah tetapkan terjadi, pasti akan terjadi. Sebaiknya kita laluinya sehabis baik dan serahkan pada Yang Maha Esa”. Menerusi  “QUE SERA SERA”,  Layla memberikan sajian muzik segar dan penyampaian unik sebagai santapan halwa telinga. Penyanyi muda berusia 17 tahun berpotensi besar ini  berharap agar taruhan pertamanya ini mendapat reaksi positif peminat muzik tempatan sekaligus memeriahkan lagi industri muzik tanahair. 

Single “QUE SERA SERA” terbitan dan edaran Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 19 JULAI 2019.

 

MENGENAI LAYLA SANIA 

Layla Sania binti Khairuzikri atau nama pentasnya Layla Sania mula terlibat dalam bidang seni sejak berumur 9 tahun. Selain daripada nyanyian, anak muda berbakat besar ini turut bergiat aktif dalam  bidang lakonan, teater dan ‘voice over’. Antara produksi TV lakonannya adalah drama Bangkitnya Seorang Perempuan (2013) dan telefilem Cucu Tok Aki (2012). Bermula dengan menyertai pelbgai jenis program nyanyian sehingga menjuarai pertandingan nyanyian MBP Singing Competition pada tahun 2018, kini Layla aktif memenuhi  undangan nyanyian di seluruh negara. Pelajar Tingkatan 5 yang sedang menuntut di Tingkatan 5 di SMJK(C) Chong Hwa, Kuala Lumpur ini turut mempunyai kebolehan menyanyi dalam bahasa Mandarin dengn fasih dan menulis lirik dalam bahasa Mandarin. Layla Sania menjadikan muzik dendangan penyanyi terkenal antarabangsa Amy Winehouse dan Duffy sebagai sumber inspirasi dan rujukan muziknya.

IKUTI PERKEMBANGAN LANJUT LAYLA SANIA DI MEDIA SOSIAL

FACEBOOK          : https://www.facebook.com/Laylasaniazikri

TWITTER              : https://twitter.com/layslaylals1

INSTAGRAM      : https://www.instagram.com/laylasania

YOUTUBE            : https://www.youtube.com/LaylaSania

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!