87760

“Raja Buah Terletak Di Dada Wanita” – Wak Doyok - Suria FM - Segalanya Hiburan

Personaliti fesyen, usahawan dan kini bergelar pelakon, Wak Doyok sekali lagi mengundang kontroversi apabila meletakkan kapsyen yang panas di salah satu kemaskini Instagramnya.

Semalam Wak Doyok telah memuatnaik gambar dirinya memegang buah Durian berserta kapsyen “Durian adalah raja buah, tetapi raja buah terletak di dada wanita”.

Gara-gara kapsyen kontroversi tu, ruangan komen Instagram Wak Doyok dihujani dengan kecaman netizen.

Rata-rata menyifatkan Wak Doyok sebagai ‘pervert’ atau dalam erti lain sebagai seorang yang gatal.

Namun, ada juga netizen yang terhibur denagn kapsyen yang ditulis oleh Wak DOyok itu dan menyifatkannya sebagai hiburan semata-mata.

SURIA sendiri tidak pasti kenapa Wak Doyok menulis kapsyen seperti itu. Sebelum ini Wak Doyok pernah menimbulkan kontroversi apabila meninggalkan komen ‘Merecik’ di salah satu foto Instagram Kila Fairy.

Apa-apa pun semoga Wak Doyok lebih berhati-hati dalam menulis kapsyen supaya tidak menimbulakan fitnah.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!