90068

Raja Irama Malaysia Sudah Tiada - Suria FM - Segalanya Hiburan

Berita yang amat menyedihkan di petang Selasa apabila komposer terkenal tanah air yang sinonim dengan lagu irama tradisonal iaitu Pak Ngah atau nama sebenarnya Datuk Suhaimi Mohd Zain telah kembali menghadap Sang Pencipta.

Pak Ngah telah meninggal dunia di Batam Indonesia pada pukul 3.05 minit petang tadi. Berita pemergian Pak Ngah disahkan oleh anak lelakinya Megat kepada penyanyi Noraniza Idris.

Pak Ngah merupakan komposer terkenal tanah air yang banyak mencipta lagu-lagu popular dan banyak memenangi anugerah antaranya Cindai, Hati Kama, Balqis dan Nirmala.

Selain itu Pak Ngah juga merupakan komposer lagu patriotik seperti Keranamu Malaysia yang pernah menjadi lagu tema Hari Kebangsaan Malaysia selama beberapa tahun.

Pemergian Pak Ngah merupakan satu kehilangan yang amat besar buat industri muzik negara. Sama-sama kita sedekahkah Al-Fatihah buat Allahyarham Pak Ngah. Semoga rohnya akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

 

Sumber : Utusan Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!