72026

Rakaman CCTV Bagaimana Abang Tiri Pemimpin Korea Utara Dibunuh Di KLIA2 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semua sedia maklum tentang pembunuhan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara yang telah dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sebaik tibanya beliau di Malaysia.

Kini, sebuah video mula tersebar dan ia diambil dari cctv yang terdapat di KLIA2 yang mendedahkan serangan terhadap Kim Jong-nam dan bagaimana beliau diserang sehingga mati.

Menerusi video itu, jelas kelihatan imeh Jong-nam memakai jaket biru dengan beg sandang sedang berjalan di lobi lapangan terbang itu dan melihat jadual penerbangan sebelum ke kios daftar masuk.

Kawasan daftar masuk kelihatkan agak sesak dan tiba-tiba dua wanita muncul dari arah bertentangan wanita di belakang Jong-nam, berambut paras bahu mendekatinya sambil memegang kain sebelum menerkam dari belakang untuk menerkap muka beliau.

c7549fdf885b4ab7bfda8ad30fa7f731

Sekelip mata, kedua-dua wanita itu bergegas ke laluan dari mana mereka datang pada asalnya dan sering kali menoleh melihat mangsanya sambil bergegas meninggalkan lokasi kejadian.

Walau bagaimanapun, orang ramai yang berada di kawasan daftar masuk bagikan tidak sedar berlakunya serangan itu.

Jong-nam kelihatan terkejut apabila diserang dan dilihat berjalan perlahan-lahan ke arah kaunter perkhidmatan pelanggan dan bercakap dengan dua petugas disitu, seorang lelaki dan wanita.

Petugas wanita itu kemudiannya membawa Jong-nam ke bahagian lain di bangunan itu di mana dua anggota polis beruniform mendengar aduan mereka.

Walaupun berulang kali menunjukkan pada mukanya, tetapi ketika itu, Jong-nam kelihatan tidak cedera dan dua anggota polis berkenaan membawanya ke klinik lapangan terbang itu.

Ketika itu juga, Jong-nam masih boleh berjalan dan tidak memerlukan sebarang bantuan. Klip itu seterusnya tamat sebaik Jong-nam memasuki kawasan klinik itu sebelum beliau meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Sumber : mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!