72804

Rakaman 'Suria Jam' Meriah di Mydin MITC Melaka - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-11-26-at-8-04-28-pm

Seperti yang diketahui para pengikut setia Suria, rancangan atas talian kami yang menampilkan ramai artis popular iaitu Suria Jam kembali lagi dengan musim terbaru.

whatsapp-image-2017-11-26-at-8-04-28-pm-7

Dan hujung minggu lalu, rakaman rancangan tersebut telah diadakan di Mydin MITC Melaka.

Seperti biasa, orang Melaka tidak pernah menghampakan Suria kerana sering memberikan sokongan kepada semua aktiviti anjuran kami.

whatsapp-image-2017-11-26-at-8-04-28-pm-1

Rakaman Suria Jam terbaru itu menampilkan dua orang artis popular iaitu Amy Mastura dan juga Hazama di samping kehadiran DJ Lin serta Abang Brian selaku penyampai Suria.

whatsapp-image-2017-11-26-at-8-04-28-pm-6

Kedua-dua mereka menyampaikan lagu popular masing-masing selain turut berduet beberapa lagu terkenal yang lain.

whatsapp-image-2017-11-26-at-8-04-28-pm-5

Malah gelagat lucu kedua-dua bintang terkenal ini benar-benar menghiburkan para hadirin yang datang.

Selain sempat berjenaka dan bergelak ketawa bersama penonton, mereka juga sempat meluangkan masa beramah-mesra dan mengambil gambar bersama peminat yang menunggu di hujung acara.

whatsapp-image-2017-11-26-at-8-04-28-pm-2

whatsapp-image-2017-11-26-at-8-04-28-pm-3

Suria ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir ke Mydin MITC Melaka Sabtu lalu untuk menyaksikan rakaman Suria Jam tersebut.

Jangan lupa untuk memeriahkan rakaman Suria Jam seterusnya di lokasi-lokasi lain yang bakal kami umumkan di laman sesawang serta saluran radio kami!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!