72317

Ramadhan gabungan The Alif menampilkan Adi Akmal, Firdaus If-One, Puteri Firdaus & Putera Aiman - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

whatsapp-image-2017-05-30-at-3-26-20-pm

Menjelang tibanya bulan Ramadan tahun ini, telah mendorong kepada penciptaan lagu Ramadhan oleh kumpulan The Alif.
Bernaung di bawah label AJ Music Malaysia, The Alif merupakan band yang berkonsepkan Brit Pop dengan membawa lagu-lagu berunsurkan kehidupan dan kemanusiaan. Kumpulan ini dianggotai oleh Aliff Hassan selaku vokalis, Meor Ian (Gitaris) Khubaib (Bassist) dan Arm Mazlan (Drum). Mereka semua berasal dari Ampang, Selangor.
Single terbaru yang berjudul “ Ramadhan ” ini menampilkan kelainan dari sisi penciptaan lagu The Alif. Ia berkonsepkan ketuhanan dan membawa sentuhan inang & kontemporari. Untuk kali ini The Alif berkolaborasi dengan beberapa penyanyi nasyid seperti Adi Akmal dan Firdaus If-One dan juga dibantu oleh adik Puteri Firdaus dan Putera Aiman

whatsapp-image-2017-05-30-at-3-26-20-pm-1
Lagu Ramadhan ini menyampaikan pesanan tentang mulianya bulan Ramadan serta sesuai didengari oleh semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak kerana melodinya yang ringkas dan mudah dihafal. Selain itu kumpulan The Alif berharap lagu ini dapat di terima sepanjang bulan Ramadan ini.

Tambah mereka lagi “kita juga perlu sambut Ramadan seperti mana kita menyambut Syawal.”
The Alif berharap agar mesej yang disampai akan diterima baik oleh semua lapisan masyarakat kerana lagu ini ditujukan khas kepada seluruh umat islam yang bakal menyambut bulan Ramadan.
Muzik Video Rasmi “Ramadhan ” boleh di layari dia youtube https://www.youtube.com/watch ?v=pwNzQ4Avx6o

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!