84872

Ramalan Arwah Ayah Saudara Yuna Jadi Kenyataan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Rata-rata para pengikut industri seni Malaysia gembira kala penyanyi antarabangsa Yunalis Zara’ai atau lebih popular dengan nama Yuna selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hatinya Adam Sinclair yang juga merupakan adik kepada selebriti bersaudara, Ashraf serta Aishah Sinclair.

Pada Ahad malam, pasangan tersebut telah mengadakan majlis resepsi yang dihadiri oleh 1500 orang tetamu.

whatsapp-image-2018-01-29-at-12-00-52-pm-2

Majlis yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu menyaksikan pelbagai persembahan menarik daripada rakan-rakan artis dan juga beberapa tayangan video.

Di dalam sebuah tayangan video kejutan yang disediakan oleh ibu Yuna iaitu Datin Anum, dia ada menyatakan yang salah seorang arwah ayah saudara Yuna pernah mengatakan bahawa Yuna akan menjadi seorang bintang yang besar satu hari nanti.

whatsapp-image-2018-01-29-at-12-29-21-pm

“You will be a superstar one day, mark my words..,” itu kata-kata arwah ayah saudara Yuna yang disebut oleh ibunya dalam tayangan video tersebut.

Yuna kini bukan sahaja seorang superstar antarabangsa tetapi juga mempunyai syarikatnya sendiri dan turut berjinak-jinak dalam dunia fesyen. Malah busananya pada malam tersebut merupakan sebuah rekaan hebat oleh rakannya, pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat.

whatsapp-image-2018-01-29-at-12-00-52-pm-3Turut membuat kejutan pada malam tersebut adalah ayah Yuna, yang juga membuat persembahan nyanyian dan bermain gitar elektronik sambil mendendangkan lagu ‘Perfect’ nyanyian asal Ed Sheeran serta ‘Mi Corazon Espinado’ nyanyian asal Santana.

whatsapp-image-2018-01-29-at-12-00-53-pm

Artis-artis lain yang membuat persembahan termasuk kumpulan Hujan, Bunga Citra Lestari, Aizat, Dez Duron dari The Voice America 2012, Hanie & Zue, serta Bill Musa.

whatsapp-image-2018-01-29-at-12-00-52-pm

Yuna dijangka akan terus berulang-alik antara Amerika Syarikat dan Malaysia dan berharap suaminya akan dapat bersama-samanya sekiranya tiada aral melintang. Walau bagaimanapun buat sementara waktu mereka masih terpaksa menjalani hubungan jarak jauh untuk seketika.

Yuna dan Adam bertemu di set penggambaran sebuah video dan akhirnya berkahwin selepas pengenalan selama lebih kurang dua tahun.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!