85636

Rampage: Dari Permainan Video Ke Layar Perak - Suria FM - Segalanya Hiburan

Filem-filem sains fiksyen yang menampilkan raksasa dan makhluk asing masih mendapat tempat di kalangan ramai orang di dunia.

Oleh kerana itu Hollywood tidak pernah jemu menghasilkan filem-filem sedemikian .

Dan bagai sudah menjadi satu trend sejak beberapa tahun yang lalu, makin banyak juga permainan video yang diangkat kisahnya ke layar lebar.

Terbaru filem Rampage yang menampilkan tema raksasa dan sains fiksyen juga merupakan hasil adaptasi daripada sebuah permainan video dengan judul yang sama.

Ia memaparkan tiga ekor haiwan buas yang mengalami mutasi hingga menjadi raksasa dan mula menggangu ketenteraman dunia.

Namun, penjaga salah satu haiwan tersebut (lakonan Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock) cuba mencari jalan untuk menyelamatkan penduduk bandar Chicago yang mula diserang haiwan-haiwan ini.

Seperti filem raksasa lain, ceritanya banyak aksi yang mendebarkan selain garapan kesan visual yang amat meyakinkan.

Bagi yang menggemari adegan-adegan kemusnahan, dan perlawanan di antara manusia dengan raksasa seperti Jurassic Park, Godzilla dan seumpamanya, ini mungkin filem yang sesuai buat anda.

Rampage sudah mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 12 April 2018

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!