71956

Razif (Projector Band) Cerita Disebalik Lagu 'Sudah Ku Tahu' Dengan Rumah Mayat - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tahniah buat kumpulan Projector Band yang baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga pada Anugerah Juara Lagu ke-31 baru-baru ini.

Kumpulan yang terkenal dengan lagu hit ‘Sudah Ku Tahu’ telah tampil menjelaskan serba sedikit tentang pembikinan lagu itu sebelum ia didendangkan kepada umum.

home_slide_image_projector-1024x691

Menurut Razif iaitu gitaris kumpulan itu, lagu hit mereka dicipta ketika beliau bekerja sebagai penjaga rumah mayat di Hospital Kuala Kubu Bharu.

Menurut beliau, ketika bertugas dia sering membawa sebuah gitar bersamanya bagi mengelakkan rasa bosan memandangkan dia sering diletakkan pada syif malam.

“Saya bekerja sebagai pengawal keselamatan di hospital berkenaan sejak 2011 selama tiga tahun dan sering bekerja pada waktu malam. Jadi bagi mengelakkan rasa takut dan bosan saya sering bawa gitar dan ilham menghasilkan lagu berkenaan datang ketika saya menjaga rumah mayat.”

Bukan itu sahaja, beliau juga mengakui dia mendapat ilham menghasilkan lagu berkenaan daripada kisah cinta bersama bekas teman wanitanya tetapi beliau telah mengubah lirik tersebut agar tidak terlalu berbaur peribadi dan bersifat umum.

“Jika ikutkan kisah sebenarnya lebih ‘seram’ tetapi apa yang saya tampilkan dalam Sudah Ku Tahu lebih kepada asas dan umum sahaja. Apa-apa pun saya memang tidak menyangka lagu ini akan pergi sejauh ini dan mendapat tempat ketiga adalah satu kejayaan besar memandangkan kami masih baru dalam industri hiburan. Kemenangan ini juga menaikkan lagi semangat kami untuk terus berkarya dalam menghasilkan lagu lebih baik pada masa hadapan.”

Sejujurnya, lagu ‘Sudah Ku Tahu’ telah berjaya menarik perhatian ramai untuk terus dengar alunan liriknya. Tahniah lagi sekali buat kumpulan Projector Band! 

Sumber : mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!