90138

RED BOX Lebih Dari Sekadar Karaoke! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Red Box adalah sebuah pusat karaoke terkemuka di Malaysia dengan 3 jenama
yang berlainan iaitu Red Box, Green Box dan Red Box PLUS.

Matlamatnya adalah untuk memberi pengalaman berkaraoke yang bersesuaian
dengan kehendak pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

Cawangan Red Box Karaoke lazimnya berpusat di kompleks membeli belah
yang menjadi tumpuan di pusat bandar seperti Plaza Gurney dan 1st Avenue di
Penang sementara di sekitar Lembah Klang terdapat di The Curve, Plaza Low
Yat, The Gardens dan yang terbaru di Empire Gallery, Subang. Justeru, dekat
kepada golongan sasaran yang terdiri daripada golongan belia dan dewasa yang
berpendapatan sederhana.

Cawangan Green Box Karaoke pula mudah didapati di pinggir bandar seperti di
AEON Seremban 2 dan AEON Bukit Tinggi di Klang. Justeru, lebih hampir
kepada golongan sasaran yang terdiri daripada mereka yang berkeluarga dari
pendapatan bawahan dan sederhana.

Satu-satunya rangkaian kumpulan ini yang meletakkan sasaran di kalangan
golongan berpendapatan tinggi terletak di Aras 5, di pusat membeli belah
terkemuka Pavilion, Kuala Lumpur.

Rangkaian Red Box Karaoke yang pertama telah dibuka di Plaza Low Yat, Kuala
Lumpur pada 17 September 2000. Menjadikannya genap 17 tahun kukuh
bertapak dalam industri.

Berkonsepkan hiburan karaoke seisi keluarga, Red Box sentiasa menjadi pilihan
pengunjung untuk berkumpul bersama sahabat, keluarga dan saudara mara, dan
sememangnya sesuai dikunjungi sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.

Menyediakan bilik karaoke individu atau persendirian dalam pelbagai saiz. Setiap cawangan memiliki sekurang-kurangnya 45 bilik. Bilik terkecil boleh memuatkan 2 – 5 orang, sederhana kecil 8 – 10 orang, sederhana besar 15 – 20 orang, besar 30 – 50 orang selain terdapat beberapa bilik dalam lingkungan zon ‘bebas-rokok’.

Mengambilkira permintaan besar pasaran, di Red Box, The Gardens terdapat
sebuah bilik yang mampu memuatkan kapasiti hingga 100 orang, lengkap
dengan pentas dan bilik persalinan, menjadikannya sesuai untuk majlis
persendirian.

Selain sesuai untuk aktiviti dan majlis persendirian seperti meraikan hari
keluarga syarikat, majlis penghargaan dan ulangtahun, dengan keunikan gaya
dan lokasi perniagaan yang strategik, Red Box, The Gardens dilihat ideal untuk
dijadikan lokasi untuk majlis-majlis korporat. Keluasan, fleksibiliti dan
kawasannya yang serba guna dilihat ideal untuk majlis pelancaran produk,
latihan pengurusan kakitangan dan pembentangan kertas kerja syarikat.

Selain bilik karaoke persendirian, Red Box Karaoke turut menyajikan makan &
minuman di bawah satu bumbung, pada harga yang berpatutan.

Seluruh premis dilengkapi oleh sistem Wi-Fi yang membolehkan pelanggan
menggunakan masa yang ada ketika di premis dengan melayari internet secara
percuma.

Mengamalkan konsep “mesra pelanggan” dengan keutamaan lain seperti pilihan
lagu terkini, kelengkapan sistem audio visual terbaik seperti mikrofon tanpa
wayar dan LCD skrin berukuran sekurang-kurangnya 42 inchi untuk bilik kecil
serta rekaan dalaman yang santai, ramuan ini telah berjaya menjadikan Red Box
Karaoke sebagai sebuah penyedia pusat hiburan yang bersih, sihat dan selamat.

Kelainan imej yang ditonjolkan menjadikan Red Box Karaoke terus mendapat
perhatian dan mudah diterima sejak ia mula diperkenalkan bukan sahaja oleh
rakyat Malaysia malah pengunjung asing yang datang ke Malaysia.

Malah, terus menjadi ikutan pusat karaoke lain menyedari kepentingan konsep
karaoke keluarga yang bersih dan sihat untuk keselesaan karaoke goers.
Sesi karaoke contohnya di Red Box The Gardens dibahagikan kepada berikut:

 11.00 pagi – 2.00 petang – set makan tengahari & minuman
 2.00 petang – 6.00 petang – buffet hi-tea & minuman
 6.00 petang – 10.00 malam – buffet makan malam & minuman
 10.00 malam – lewat malam – ala-carte & minuman

Harga untuk setiap sesi karaoke dikira pada kadar sekepala atau seorang
lengkap dengan makanan dan minuman untuk sesi tersebut.Juga tersedia Menu
Ala-Carte untuk hidangan sampingan.

Terdapat harga istimewa untuk golongan tertentu seperti pelajar dan warga
emas. Untuk menikmati harga pelajar, mereka hanya perlu menunjukkan kad
pelajar yang sah. Sementara warga emas akan diberikan 50 peratus diskaun
secara automatik. Manakala kanak-kanak pula tidak dinakan bayaran.

Untuk sebarang promosi dan maklumat lanjut, sila layari: www.redbox.com.my

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!