72775

Reen Rahim Nafi Menjalin Hubungan Dengan Suami Aktres - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon jelita, Reen Rahim menafikan dakwaan bahawa dirinya menjalin hubungan dengan suami seorang pelakon .

Lelaki yang dikaitkan dengan aktres yang lahir dari program Pilih Kasih ini ialah suami kepada Datin Paduka Eina Azman iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet.

screen-shot-2017-11-15-at-3-29-32-pm

“Mana ada! Saya tak pernah ada hubungan dengan lelaki bergelar suami orang”, katanya sewaktu ditemui di majlis tayangan perdana filem Rempit Sampai Langit.

Sebelum ini kecoh sebentar di media sosial apabila Reen dikatakan menjalin hubungan dengan suami aktres berkenaan berikutan ada mata yang nampak mereka keluar bersama.

screen-shot-2017-11-15-at-3-28-43-pm

“Itu semua salah sangka semata-mata. Saya pun tak tahu macam mana boleh timbul isu ini. Tapi pada diri saya memang saya minta dijauhkan dengan suami orang”, jelasnya.

 

Mungkin pelanduk dua serupa barangkali. Lagipun dalam dunia ni ada 7 manusia yang mempunyai wajah yang seiras kan?

screen-shot-2017-11-15-at-3-25-34-pmApa-apa pun jangan lupa saksikan Reen Rahim dalam filem Rempit Sampai Langit. Dalam filem ini Reen memegang watak sebagai anggota polis.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!