72811

"Rempit Adalah Budaya Malaysia" – Datuk Rosyam Nor - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon dan penerbit terkenal Datuk Rosyam Nor percaya tema rempit masih relevan untuk industri filem tempatan.

Terbaru, Suhan Movie telah menerbitkan filem Rempit Sampai Langit yang dibintangi oleh Ajak Shiro dan Nabila Huda yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam.

screen-shot-2017-11-29-at-12-51-00-pm

Rosyam sewaktu ditemui di sidang media majlis tayangan perdana filem ini berkata, rempit di Malaysia tidak akan hilang sampai bila-bila.

“Zaman saya ada rempit, bila saya berhenti merempit ada mat rempit baru. Negara kita tak macam negara lain, motosikal dijadikan benda yang menjadi kebanggaan kepada pemuja motor. Ini dah macam budaya di Malaysia dan kita tak boleh buang”, jelasnya.

screen-shot-2017-11-29-at-12-53-52-pm

Kata Rosyam lagi, filem ini dihasilkan untuk ditujukan kepada mat-mat motor di luar sana untuk ke pawagam dan berhibur bersama keluarga mereka.

Ditanya mengenai pemilihan Ajak Shiro sebagai teraju utama filem ini, kata Rosyam dia memilih Ajak merasakan pelawak berkenaan seorang yang berbakat dan bijak.

“Dia ada pengetahuan yang besar. kalau kita tengok dia di Maharajalawak, komedi yang dihidangkan itu ada isi. Saya memerlukan pelakon yang bijak untuk membawa watak ini”, jelasnya.

Jangan lupa untuk menonton filem yang menghiburkan ini di pawagam-pawagam berhampiran yang pasti buat anda ketawa sampai menangis.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!