85049

Remy Ishak Ajak Peminat Bercuti ke Sepanyol - Suria FM - Segalanya Hiburan

datin-n-coo

Pelakon popular Remy Ishak mengajak para peminatnya untuk sama-sama bercuti dengannya ke Sepanyol selepas mengumumkan kerjasamanya dalam mempromosikan pakej pelancongan bersama syarikat Kowamas Holidays Sdn Bhd

“Selama lebih sedekad berada dalam industri hiburan, saya begitu sibuk bekerja dan tidak pernah sempat meluangkan masa bersama peminat saya. Jadi apabila menerima tawaran daripada pihak Kowamas Holidays saya tidak teragak-agak kerana saya rasa sudah tiba masanya saya berikan peluang untuk para peminat saya mengenali saya dengan lebih dekat lewat percutian ini,” jelas Remy.

whatsapp-image-2018-02-12-at-11-22-02-am

Remy juga mengakui dia memang suka melancong dan selama ini dia suka mengembara secara solo. Antara destinasi yang dia ingin kunjungi tapi belum berkesempatan adalah Rusia dan Jerman.

“Saya sukakan senibina Eropah dan dua negara ini antara destinasi yang ingin sangat saya kunjungi satu hari nanti,” tambah Remy lagi.

hadiah-dari-peminat

Remy yang ditemui di sebuah majlis khas bersama Kowamas Holidays dan kumpulan peminatnya dimaklumkan akan diterbangkan ke Sepanyol September ini.

Pakej percutian ini merupakan salah satu daripada beberapa produk percutian Kowamas Holidays yang pasti mampu menarik perhatian mereka yang gemar melancong.

Jadi bagi yang teringin bercuti dan mahu mengenali Remy Ishak dengan lebih dekat, inilah peluang keemasan anda!

whatsapp-image-2018-02-12-at-11-11-43-am

Bagi yang berminat bolehlah mendapatkan maklumat daripada pihak Kowamas Holidays Sdn Bhd

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!