88328

Remy Ishak Alami Depresi Sewaktu Penggambaran Filem Pulang - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon utama filem Pulang siapa lagi kalau bukan hero idaman Malaya, Remy Ishak mengakui beliau berada di dalam situasi kemurungan atau depresi sewaktu menjalani penggambaran filem itu kira-kira dua tahun lalu.

Kata Remy sewaktu dalam tempoh untuk penggambaran filem arahan Khabir Bhatia itu, banyak perkara yang telah terjadi dalam hidupnya sehingga membuatkan dirinya mengalami depresi.

“Sewaktu menjalani penggambaran filem itu, macam-macam yang berlaku dalam hidup saya secara peribadi. Rumah saya diserang , saya diugut dan sebagainya. Waktu itu memang saya mengalami depresi. Bila saya nak kena menghadap filem Pulang, nak melahirkan watak-watak dan babak-babak sebegitu memang susah”, jelasnya.

Namun kata Remy, beliau tidak memberitahu sesiapa sewaktu itu bahawa beliau sedang mengalami depresi.

“Saya sejenis seorang yang tidak akan bercakap jika saya sedang mengalami kesedihan atau melalui waktu kritikal dalam hidup saya dan dilanda masalah sebab bagi saya ‘a real man‘ akan menghadapi sendiri masalah itu. Tetapi Alhamdulillah saya berjaya mengatasinya biarpun masalah itu mengganggu saya”, ujarnya.

Aduh kasihan pula SURIA mendengar cerita Remy ini. Iyalah bukan sebarangan masalah yang dihadapi Remy pada ketika itu. Rumah Remy pernah diserbu pihak berkuasa kerana dilaporkan terlibat dengan kegiatan barang terlarang, malah Remy juga telah diugut bunuh oleh seorang individu berstatus VIP.

Apa-apa pun SURIA telah menonton sendiri lakonan Remy dalam filem Pulang. Dan ramai sebenarnya yang meramalkan aktor kacak ini bakal merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik di mana-mana festival filem.

Kepada anda peminat-peminat filem tempatan, jangan lepaskan peluang untuk menonton naskah hebat yang berdasarkan kisah benar ini di pawagam berhampiran bermula 26 Julai 2018.

 

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!