
/wp-content/uploads/2018/12/Screenshot_2018-12-06-14-58-05-59.png)
Suasana di Restoran Hakim Seksyen 7 Shah Alam semalam gamat dengan sorakan penonton yang hadir menyaksikan perlawanan bola sepak separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018 Malaysia menentang Thailand.
Lebih dari 1000 pengunjung hadir bagi menyaksikan perlawanan mendebarkan itu yang turut digegarkan dengan kehadiran kru SURIA FM.
Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan oleh SURIA bagi menghiburkan penonton yang hadir antaranya timbang bola, membuat ulasan sukan serta sorakan paling hebat.
Lebih meriah apabila penonton-penonton yang hadir berpeluang memenangi hadiah istimewa dari SURIA seperti T-shirt, serta peralatan sukan seperti bola, kasut serta jersi yang disumbangkan oleh Figos.
Antara penyampai SURIA yang hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis pada malam semalam ialah DJ Lin, Suraya Borhan, Tyzo, Halim Othman dan Naim Hashim.
Suasana menjadi lebih gamat dan sungguh mengharukan apabila pemain Thailand iaitu Adisak gagal menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan kepada pasukan Thailand.
Lagu ‘Inilah Barisan Kita’ berkumandang di perkarangan Restoran Hakim yang dinyanyikan beramai-ramai oleh penyokong pasukan Malaysia.
Tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya kerana telah bertungkus lumus untuk memastikan Malaysia mara ke peringkat akhir.
Terima Kasih SURIA ucapkan kepada semua penyokong yang hadir pada malam tadi. Tidak lupa juga kepada Restoran Hakim Seksyen 7, pihak penaja hadiah, Figos serta rakan media Mstar dan Kosmo.
Untuk menyaksikan kemeriahan suasana sepanjang acara berlangsung, anda boleh tonton di video yang disediakan ini ;