90203

Rihanna Buat Kejutan Untuk Peminat Di Singapura - Suria FM - Segalanya Hiburan

Superstar Rihanna, membuat kejutan istimewa buat peminatnya di Singapura semalam bagi meraikan ulangtahun jenama kosmetik miliknya iaitu Fenty.

Rihanna telah membuat kemunculan di gedung menjual alat kosmetik Sephora Ion Orchard Singapura.

Sebelum majlis bermula, Rihanna mengumumkan tentang kedatangannya ke Singapura menerusi Instastory pada jam 7.22 PM dan membuat kemunculan pada jam 9.45 PM.

Ramai peminat yang terkejut dan tidak menyangka penyanyi popular dunia itu akan datang membuat kejutan di Singapura.

Rihanna turut berkongsi ucapan terima kasihnya kepada semua peminat Singapura yang telah hadir untuk meraikan ulang tahun Fenty bersamanya.

https://www.instagram.com/p/Boac-XLFTnU/?taken-by=badgalriri

Bertuahnya peminat-peminat Rihanna di Singapura. Kan best kalau Rihanna datang Kuala Lumpur juga.

 

Kredit Foto : The Straits Times, Asia One, Coconuts

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!